Kau tahu Allah ada. Kau tahu doa tu penting.
Tapi tiap kali lepas solat, kau duduk sekejap, pastu bangun. Sebab tak tahu nak mulakan dari mana.
Ada masa kau tengah tertekan sangat. Masalah rumahtangga, hutang, hati yang penat. Kau nak mengadu kat Allah, tapi ayat tak keluar.
Rasa macam ada tembok antara hati kau dengan Allah. Bukan sebab kau tak nak dekat. Tapi sebab kau tak jumpa perkataan yang tepat.
Dan kau bukan sorang. Ramai yang rasa sama, tapi tak berani mengaku.